Sejak kecil lagi saya memang lahir dalam keluarga yang sederhana, Ayah saya bekerja sebagai nelayan manakala ibu saya hanya suri rumah sepenuh masa.Seteiap kali menjelang cuti sekolah saya akan membantu ayah saya ke laut untuk mencari sumber rezeki. Bagi Seorang kanank-kanak pada masa itu, setiap kali menjelang cuti sekolah adalah menjadi kegembiraan kepada mereka kerana dapat bercuti dan bergembira bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Namun saya berada salam keadan sebaliknya kerana terpaksa pulang ke Kampung untuk membantu keluarga saya. Saya akui dalam lubuk hati saya meyimpan perasaan yang agak sedih san sayu kerana tidak mendapat apa yang kanak-kanak inginkan. Tapi saya akur dengan kehiupan saya kerana walaupun saya hiup dalam keadaan yang susah tapi saya tetap bersukur kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan prihatin terhadap saya.Tanpa mereka saya mungkin tidak dapat menjejaki kaki kedunia ini. Pelbagai dugaan dan rintihan terpaksa dilalui untuk meneruskan hidup ini san kami tempuhi dengan sabar dan redha. Apa yang menjadi kenangan dan menjadi pengalaman yang sukar saya lupakan sehingga detik ini adalah ketika saya berusia 15 tahun, saya bersama ayah saya hensak ke kampung seberang bagi menjual hasil tangkapan kami pada hari itu, namun bak kata pepatah Malang Tidak Berbau, keadan pada masa itu angin sangat kuat berserta ombak yang bergelora, keadaan yang sangat cemas itu membuatkan saya sanagat berasa takut namun saya hanya mendengar kata ayah saya yang menuyuruh saya terus duduk dan berpaut pada mana-mana bahagian perahu. kelihatan wajah ayah saya pada masa itu masih jelas di ingatan saya..cemas melihat keadan itu. hampir setengah jam kami berada dalam keadan yang bergelora akhirnya perahu yang kami naiki terhempas kuat di pukul ombah dan mengakibatkan keretakan di bahagian depan sekaligus air mencurah-curah masuk. Saya sangat panik dan merasa kami tidak akan sampai kedaratan..setelah 15 minit saya berusaha utk menyimbah air keluar namun gagal kerana keretakan itu sangat besar dan akhirnya kami karam di tengah lautan yang bergelora itu. Ayah saya serta merta mengambil saya dan saya terus berpaut pada badan ayah saya. hampir setengah jam kami berada dalam laut akhirnya keadaan angin serta ombak berkurangan. Pada ketika itu cuaca hampir menjadi gelap saya menjadi agak ketakutan namun ayah saya sentiasa berada dipandangan saya. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah bot tidak jauh dari kami, Ayah saya teriak untuk meminta pertolongan dan dengan serta merta suara teriakan itu didengari oleh mereka. Perasaan saya pada masa itu tidak terkata kegembiraan terpancar diwajah ayah saya. Kami terus di bawah ke kampung kami dan pada ketika itu suasana agak riuh kerana penduduk kampung menyedari kehilangan kami. Sejak kejadian itu ayah saya tidak lagi membenarkan saya untuk mengikuti dia kelaut kerana risau akan keselamatan saya lagi. Pengalama yang perit ini menjadi kenanagan yang pahit bagi saya dan kenangan ini terus membakar semangat saya unutk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah kehidupan keluarga saya.