Kisah anak dengan pohon epal
Saya tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita panglipulara yang pernah saya
dengar sewaktu kecil-kecil dahulu…
Kisah pohon epal..
“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat
lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu
hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak,
aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan
permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada
yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang.
Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia
tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu
hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal
itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah
kau menolongku?” Tanya anak itu.”
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan
cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel
itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya
adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah
matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya,
aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong
batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira,”
kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel
itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di
sekitar pohon apel itu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan
buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat.
Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan
nadapilu.”Aku tidak mahu apelmu kerana aku
sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua
untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk
beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua
menangiskegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita.
Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat
remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan
mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita
bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu
bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa
ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari
ibu dan hari bapa setiap tahun.”